|
|
| Monday, 22-Sep-2008 02:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hamidah & Yusoff | FRU, Pulau Pinang
|
|
Hamidah dan Yusoff adalah pengantin pertama dari USM yang bukan staf. Selama ini IndahPandang banyak menerima pengantin dari kalangan staf, kali ini golongan pelajar juga mendapatkan khidmat dari kami.
Majlis mereka telah berlangsung di rumah pegawai FRU, Pulau Pinang. Majlis berlangsung dengan sungguh meriah. Dengan kerjasama dari para pegawai FRU dan penduduk di situ, terlihat satu suasana kesepakatan yang kini kian pupus dibandar-bandar besar.
IndahPandang menucapkan selamat berbahagia kepada mereka berdua.
Kami juga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berHari Raya kepada semua umat Islam seluruh Malaysia, Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura. Semoga tahun ini kita mendapat lebih keberkatan dari Allah swt. Amin...
Hamidah sekarang telah bertugas di Universiti Malaysia Kuantan sebagai pensyarah.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Sep-2008 05:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tempahan 2009
|
|
Pastikan anda menghubungi pihak kami secepat yang mungkin...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 03:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Amar & Roy | Kubang Semang
|
|
Amar & Roy, satu lagi pengantin yang saya shoot dibawah nama butik Ratu Impian, Lunas, Kedah. Memang best majlis ni. Amar ada abang yang suka sangat amik gambar diorang. Macam-macam jenis gaya yang dia tunjuk untuk amik gambar. Afficial fotografer pun tak macam dia... Hehehe... Hari tu saya bawa pembantu soraang untuk cover apa yang tak sempat saya cover...
Majlis diorang ni ada VVIP Malaysia yang pegi makan. Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masa tu beberapa hari nak ngundi... Maknanya entry ni dah basi kot... Pasal dah sebulan majlis diorang tu... Hehehe... Nak buat macamana, banyak album nak design, banyak gambar nak check (untuk kualiti) dan banyak printing nak kena buat. Pastu nak gi deliver plak...
Tahniah buat Amar & Roy, semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah... Kalau tiba-tiba terbaca entry ni, maaf la yer. Tak banyak gambar yang saya letak... Maklumlah, tak banyak masa...
Apa pun saya memang seronok ari tu... Pembantu saya pun seronok. Dia kata makanan sedap ari tuh...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 03:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti Fareza & Azhar | Teluk Kumbar, Pulau Pinang
|
|
Pasangan bahagia yang pernah mangambil saya untuk fotografi hari pertunangan mereka dan kini, mereka kembali mengambil IndahPandang untuk fotografi hari bahagia mereka.
Mereka berdua ni pernah jadi model untuk Indahpandang dan Denafira Beauty. Masa tu depa baru jadi tunang belum akad nikah lagi. Sekarang ni dah sah sebagai suami isteri... Best la nooo...
Pihak IndahPandang pun suka bekerja dengan mereka sepanjang pemotretan hari bahagia mereka. Kami semua di Indahpandang mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke alam akhirat... InsyaAllah...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk membuat tempahan sila emel ke shahmar_5003@yahoo.com atau hubungi 019-4633007 untuk mendapatkan Quotation.
Sebarang tempahan boleh dibuat melalui bank-in ke akaun bank kami. Deposit serendah RM 50 diperlukan untuk menempah tarikh anda.
Pembayaran mudah disediakan untuk semua klien IndahPandang (4 kali pembayaran tanpa faedah).
Shah,
www.indahpandang.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Sep-2008 06:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adilah | Kg Keladi, Kulim
|
|
Semua foto oleh : Shah
Adilah adalah anak seorang bekas pensyarah di USM. Tugasan kali ini adalah dari butik Ratu Impian, Lunas (berdekatan Longwan). Jadi, sesiapa yang berada di Kulim dan mendapatkan khidmat dari Butik Ratu Impian, mintalah kepada mereka untuk jadikan saya sebagai fotografer anda...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Iklan...
Fotografi IndahPandang memerlukan calon-calon yang berkelayakan dan ´bernafsu´ kepada dunia fotografi dan perkahwinan Malaysia. Kekosongan adalah secara part-time.
Jenis kerja : Keutamaan adalah fotografi perkahwinan
Lokasi : Utara Malaysia (Perak hingga Perlis)
Keperluan : DSLR dan speedlight sendiri, medium simpanan imej (memory card) sendiri, berdisiplin, tidak merokok semasa melakukan tugasan, ceria dan bijak berkomunikasi.
Pengalaman : Sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang fotografi perkahwinan
Bayaran : RM200-RM300 satu tugasan mengikut jam (minimum 5 jam). Elaun perjalanan jika berkenaan.
* Shoot ´N Burn sahaja
** Bersedia bekerja apabila diperlukan
Sila hantar resume dan potfolio ke
Mohamad Ezrin Shah
a/t Fotografi IndahPandang
F-117, Jalan Klinik, Bagan Tiang, 34250 Tanjung Piandang, Perak
atau emel shahmar@yahoo.com
Sekian, terima kasih.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Sep-2008 02:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Equatorial Hotel With Romantis Studio
|
|
Saja nak upload gambar lama... Lama pun tak lama la, lebih kurang sebulan dua ja... Masa gi tag ngan Mr Jijan Romantis Studio ari tu...
Nasib baik saya berjumpa ngan mr Jijan ni. Banyak gak ilmu yang dibaginya kepada saya. Memang saya menghargai setiap ilmunya.
Bak kata orang ilmu yang baik walaupun sedikit mendapat pahala dan keberkatan dari Allah swt. Semoga rezeki mr Jijan dan Romantis Studio semakin bertambah (dan semoga dapat anak yang soleh & solehah).
Haa... nilah mr Jijan tu. Hensem tak? mesti la hensem, orang yang bagi ilmu kat saya...
Ni pula Ally dari Ally Photography... Romantis co-photographer.
Video dari RGB Production
Inilah pengantin untuk malam tu... Majlis resepsi keesokannya dibuat di Marina Bay... Tapi saya tak ikut. Ada assignment ngan famili plak... Hehehe... Keluarga lebih penting wooo...
Untuk penggemar stail fotografi saya, terima kasih saya ucapkan kerana selelu menjenguk FP ni. Kepada fotografer-fotografer yang selalu jenguk tapi tak tinggal mesej pun terima kasih kerana melawat perkembangan saya dan kepada bakal-bakal pengantin yang ingin mengupah saya, hubungi segera 019-4633007. Tempahan untuk tahun 2009 telah dibuka, terima kasih kepada Farini dan tunang kerana telah membuat tempahan awal untuk majlis pada bulan Mei 2009.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 08:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Best Of Human Being....
|
|
Kita mulakan dengan gambar sicomel yang memang comel secomel comelnya. Namanya saya dah tak ingat, tapi saya suka tgk baby ni...
Foto Oleh : Shah
Yang bawah ni pun boleh kata comel. Tapi bukan saja-saja kata comel. Pasal kawan saya yang keja kat USM Transkrian dah ikat dia ni. Dah akad nikah dah pun. Dia ni la yang orang dok kata Pesona Lady dari Pesona Senifoto. Tahniah Apit... Semoga anda berdua maju dan bahagia hendaknya... Ni nak minta izin letak gambar kat sini...
Foto Oleh : Shah
Gambar Fisha kat atas tu saya capture masa gi makan kenduri umah TokCik saya... Diorang amik pakej dari Anjung Amie Bagan Serai lengkap dengan fotografi skali...
Foto Oleh : Shah
Gambar kat atas, saya taktau nama fotografer ni. Tapi dia ikut rombongan pengantin lelaki masa saya buat keja kat Kg Keladi, Kulim ari tuh... Perkahwinan anak bekas pensyarah USM, Prof. Osman Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Majlis diorang memang meriah. Gambar pengantin akan menyusul kemudian.
Foto Oleh : Shah
Atas tu mengancam nyawa juga makcik tu. Ya la... bini polis la katakan... Gambar dari majlis kat FRU Pulau Pinang.
Foto Oleh : Shah
Ini satu lagi gambar yang mengancam jiwa. Abang FRU tu pukul kompang sampai pecah. Fuh... Macam mana agaknya dia masa nak leraikan rusuhan? Takut saya tgk... Tgk muka dia saja pun dah gerun...
Ok, inilah saja gambar selingan buat masa ini. Semoga anda terhibur dengan gambar-gambar tersebut.
Shah,
Fotografi IndahPandang
012-5055003 | 019-4633007
www.indahpandang.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Aug-2008 08:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berita Kampus USM | 11 Ogos 2008
|
|
Fotografi IndahPandang dalam Berita Kampus USM, 11 Ogos 2008.
Tawaran istimewa telah diberikan kepada pelajar-pelajar USM dan staf kampus induk dan kejuruteraan yang berkeinginan mengambil Fotografi IndahPandang sebagai fotografer rasmi.
Hanya bawa keratan seperti diatas untuk melayakkan diri mendapat diskaun sebanyak RM 50. Tawaran sah sehingga 1hb November 2008 sahaja.
Hubungi kami segera...
lawati www.indahpandang.com untuk keterangan lanjut.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Aug-2008 06:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rosma & Khairul | Batu Maung & Binjai, Pulau Pinang
|
|
Demam!!! Saya dijangkiti demam dari pengantin perempuan. Kesian saya, terseksa dua hari. Hari ni baru dapat buat keja yang terbengkalai selama saya demam. Nanti nak minta diorang ni belikan hadiah sempena saya telah dijangkiti demam. Hehehe....
Foto Oleh : Shah (maaf, tak ikut rules dalam fotografi)
Rosma dan Khairul ni memang seronok sepanjang sesi fotografi. Boleh nampak dari riak muka diorang. Pada mulanya Khairul agak kekok, kot pasal kamera saya tu hensem sangat kot... hehehe... Pastu dah lama, baru la dia rasa seronok dan betul-betul enjoy...
Foto Oleh : Shah
Foto Oleh : Shah
Foto Oleh : Shah
Foto Oleh : Shah
Foto Oleh : Shah
Macamana pengantin dua orang tu, dah jauh berjalan baru sedar tertinggal kasut kat belakang. Ni mungkin dah kena penyakit lain ni... Sekarang tertinggal kasut, nanti tertinggal benda lain pulak... hehehe...
Foto Oleh : Shah
Gambar kat atas tu sebelah Khairul pulak. Tema emas, kuning dan coklat. Siap ada mat dan minah saleh mana ntah datang tengok majlis diorang ni. Memang meriah majlis sebelah Khairul. Ada live band yang main 7-8 lagu metal dalam majlis kahwin. Hehehe... tak pernah dibuat orang.
Foto Oleh : Shah
Eh, seronok pulak berpegang-pegangan tangan. Teringin saya nak buat sesi fotografi macam tu untuk diri saya sendiri bersama isteri... hehehe... Dulu kawin tak buat macam tu. Fotografer yang shoot saya tu memang old style, buat shoot dalam umah jer... Tapi dia la jadi tok guru saya sekarang ni... Mr Fairus dari USM... Kalau ada orang USM yang baca ni, jangan la beza-bezakan antara saya dan Fairus, memang kami berbeza tetapi akarnya tetap sama.
Foto Oleh : Shah
Akhir kata dari pihak IndahPandang kepada suma pengantin yang berkahwin di bulan Ogos 2008, Selamat pengantin baru dan semoga beroleh keberkatan dari Yang Maha Esa... Amin...
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 012-5055003, 019-4633007
Shah
www.indahpandang.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Aug-2008 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelan Lokasi Kami
|
|
Hubungi dahulu sebelum bertandang...
Shah,
founder, jurufoto
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003, 019-4633007
www.indahpandang.com
|
|
|
|