Want your
own Fotopage?









 
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
tagIndah1
By: shah othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Jul-2008 07:45 Email | Share | | Bookmark
The Best Of Ita | Pulau Pinang


Foto Oleh : Shah

Kali ni nak tengok orang main gitar? Hehehe... tengoklah... Band ni datang dari Indonesia. Saya pun dah lupa nama band diorang. Band diorang ni perform kat satu majlis perkahwinan di Kompleks Kastam, Pulau Pinang. Tight juga band diorang ni berbanding band Malaysia yang beraksi hari tu.. Arrangement muzik live diorang memang best. Bukan nak pelekeh band Malaysia, dari segi performance pun diorang ni lebih dari band Malaysia kita yang ari tu...


Foto Oleh : Shah

Muda lagi sebenarnya diorang ni. tapi main muzik macam dah lama. Cuma yang saya terkilan, lagu yang saya minta vokalis diorang tak reti nyanyi... Saya cuma minta lagi 'Sweet Child O Mine'... Bukan lagu pelik-pelik... Sedih juga la ari tu tak dapat dengar lagu favourite... Itu belum minta lagu ' Still Got The Blues'... hehehe...


Foto Oleh : Shah

Perkahwinan Ita dan husband memang meriah. Ita bagitau saya, dia tak tahu menahu langsung pasal majlis sebelah suami dia ni. Saya rasa rugi sangat hari tu sebab tak turun 2 orang. Tapi gambar diorang memang superb...


Foto Oleh : Shah

Diorang tiba dengan porsche, disambut dengan kompang dan silat. Pastu masuk dewan berjalan di karpet merah. Bersanding atas pelamin kayu sepenuhnya. Fulamak, Ita sendiri pun terkejut...


Foto Oleh : Shah

Inilah rupa Ita dari lensa kamera saya. Mekap oleh Butik Pengantin Sani di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Fotografi dah tentulah saya, Fotografi IndahPandang.


Foto Oleh : Shah


Foto Oleh : Shah

Untuk Tempahan, sila hubungi 012-5055003, 019-4633007

boleh bagi tau harga untuk fotografi....... awak ambil tak kalau dekat taiping perak? Thu 31-Jul-2008 04:07
Posted by:izwan
boleh bg maklumt kat saya? hantar pada email ----> izwan81@gmail.com Thu 31-Jul-2008 04:09
Posted by:izwan
nice capture bro..
----------------------------------------------------------------------------------
Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina….
--------------------------------------------------------------------------------
Fri 29-Aug-2008 15:24
Posted by:saufie + picture = saupix  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Jul-2008 02:58 Email | Share | | Bookmark
Najib & Shila | Penang dan Kedah

Majlis memang best. Makanan pun sedap. Pengantin pun enjoy. Saya lagi la enjoy... Hehehe...


Foto Oleh : Shah

Sepatutnya, majlis dekat Yan, Kedah bukan saya yang cover. Tapi disebabkan ada kesilapan jadual dengan pengantin satu lagi yang menyebabkan terdapat lebihan fotografer pada hari tu, saya pun join la Hafiz untuk gi shoot Najib ngan Shila ni. Kalau mengikut jadual asal, saya ada shoot kat Dewan Kastam, Taman Tun Sardon tapi rupanya majlis tu seminggu kemudian. Pihak pengantin buat pertukaran tarikh tak maklumkan saya awal-awal. Boleh kena denda ni... Denda hantar nasik minyak hari-hari ke rumah saya.... hehehe...

Jadi, majlis Najib ngan Shila kat Yan tu, saya hanya second fotografer merangkap pengarah sesi shoot tu.


Foto oleh : Shah

Nampak suasana kampung yang begitu tenang? Walaupun sesi shoot ni pukul 3 petang, kami semua tak terasa bahang.


Foto Oleh : Shah

Suka tengok pengantin naik vespa. Klasik dan romantik... Harap-harap mereka juga berfikir seperti saya... Hafiz pun tak lepas peluang mencuba vespa tu. Dia bagitau yang tu hajat dia sejak lama dulu. Takpa Hafiz, keja ngan IndahPandang ni nanti lagi banyak jumpa macam-macam benda.


Foto Oleh : Shah

Kreativiti tiada batasan, seni tiada sempadan.

Shah
founder, jurufoto
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003 | 019-4633007
Parit Buntar, Kulim, Penang

apa gambar kami skit sgt...boh la gambr elok2 skit..sekian trm kasih...no komen Fri 27-Mar-2009 15:41
Posted by:najib shashila_chla@yahoo.com.my
Hehehe... Dah lama tak masuk sini, taktau pula ada orang tinggal pesan... Apa-apa hal lawat la blog http://blog.indahpandang.com untuk terus mengikuti perkembangan IndahPandang. Sun 5-Apr-2009 13:10
Posted by:Shah  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 06:25 Email | Share | | Bookmark
Siti Dalila & Hafizal | Pulau Pinang

Orang kata, jodoh ditangan Tuhan. Tapi kalau kita tak berusaha mencari, sampai bila pun takkan ketemu jodoh. Maka dengan itu, carilah jodoh yang terbaik dan secocok dengan peribadi kita.

Dalila dan Hafizal bertemu jodoh dan telah selamat diijab kabulkan. Kini bergelar suami dan isteri, tak lama lagi akan bergelar ibu dan ayah, lepas tu datuk dan nenek. Hidup umpama satu roda pusingan dan seperti bikar yang mempunyai pelbagai kandungan.



Kegembiraan perlu dirai sepenuhnya dan juga perlu diabadikan sebagai kenangan di hari mendatang. Pengabadian kenangan terdapat dalam pelbagai bentuk dan medium yang digunakan. Hari ini, walau telah berpuluh tahun lamanya, medium foto album masih lagi menjadi pilihan masyarakat kita.



Kami di IndahPandang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengabadikan segala jenis kenangan yang diingini. Nyatakan sahaja apa jenis sesi fotografi yang diingini. Akan pihak kami aturkan untuk anda. Potret peribadi, potret bersama pasangan kekasih, potret anak, famili, perkahwinan dan yang tidak pernah terlintas difikiran insan lain... Nyatakan sahaja...



Hubungi IndahPandang di talian 019-4633007, 012-5055003.



Terima kasih kepada Siti Dalila, suami dan keluarga kerana telah memberi layanan istimewa kepada pihak Fotografi IndahPandang

Shah,
founder, Jurufoto
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
019-4633007, 012-5055003
Parit Buntar, Kulim dan Penang

Care to comment?


Wednesday, 2-Jul-2008 11:50 Email | Share | | Bookmark
Mazy & Yanie | Penang Outdoor Shooting

Lama janji ngan diorang nak upload gambar diorang ni kat sini. Kesibukan yang berlambak-lambak dan masa yang tiada. Huhuhu... Baru hari ni ada masa nak upload beberapa keping gambar diorang kat sini. Pihak saya cover majlis diorang ni sejak akad nikah sehinggalah majlis sebelah Mazy. Hari sebelumnya, sebelah Yanie. Majlis begitu meriah, bertambah meriah ngan sikap diorang yang 'Happy Go Lucky' sentiasa. Untuk majlis diorang dan kakak diorang ni Moments Shooterz telah gunakan 4 fotografer (termasuk saya sendiri) sepanjang liputan majlis dari Akad nikah sehingga tamat.





Kepada sesiapa yang mahukan khidmat saya, jangan segan dan silu nak hubungi 019-4633007 sekarang juga... Biarlah pihak Moments Shooterz abadikan setiap moment hari bahagia anda.

Yo!!!What's up?!!!Lama tak edit fp ni...wa sudah rindu mau tgk lu punya hasil kreatif yg tbaru wooo...Bz ka?Nnt edit lo,wo sudah byk lindu mau tgk punya...???!!!! Wed 9-Jul-2008 17:51
Posted by:Jembalang Baik
Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 04:41 Email | Share | | Bookmark
Lia & Wan | Selama, Perak

Pasangan yang best dan secocok... Dengan saya diorang tak buat custom album, pasal diorang ni amik dari butik. Butik tu pula tak promote custom album pasal dia kata yang dok ada pun takleh jalan, ni lagi nak suruh pengantin buat custom album... Ada tu memang ada... dari satu team dari Kepala Batas... Tapi yang tu pun tak berapa jalan... Jadi, diorang ni amik pakej ngan butik tu yang ada 3 roll gambar 4R (tak kecik ke?)





Pemberitahuan untuk para bakal pengantin yang berminat mengambil Fotografi IndahPandang sebagai fotografer rasmi bagi majlis masing-masing....

Kami masih lagi menggunakan harga lama, tiada kenaikan sehingga diberitahu kelak. Tetapi ada kenaikan bagi bayaran pengangkutan dan penginapan (hanya jika dinyatakan). Kenaikan bayaran pengangkutan dan penginapan sekitar 7%-13% mengikut pakej yang ada.

Mana-mana klien yang telah membuat tempahan tidak perlu risau dan khuatir, harga anda tetap dengan harga yang telah dipersetujui.

Kenaikan ini adalah berkaitan dengan kenaikan harga petrol, utiliti dan beberapa kos yang berkaitan dengan produksi album. Kenaikan ini bukanlah atas permintaan pihak Fotografi IndahPandang sendiri. Ianya berpunca dari desakan dan asakan keadaan semasa. Pihak kami berharap semua klien kami faham akan situasi yang dihadapi sekarang...

*Kenaikan masih belum melibatkan harga pakej (tetapi akan naik sehingga diberitahu kelak)
**Para bakal pengantin digalakkan membuat tempahan awal untuk mendapat harga yang telah kami iklankan.

Harap maklum...

Shah,
founder, jurufoto
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003, 019-4633007
Parit Buntar, Penang, Kulim

Cayalah...Selamat Pengantin Baru wat Lia & Wan...Moga kegembiraan n keceriaan berkekalan....yahooo.......... Thu 12-Jun-2008 06:02
Posted by:adah adahsyahda@yahoo.com
ok..nanti kalau kak nora ada contact kak nora inform shah..tumpang letak link ya..dah dekat..hari raya dah dekat jadi pada sesiapa yang nak shopping tudung dan aksesori tanpa perlu keluar bayar duit minyak dan tol dan parking layarilah online shop saya di http://noramarcollection.blogspot.com Wed 25-Jun-2008 14:48
Posted by:kak nora
simple and clean shot. Sat 28-Jun-2008 11:08
Posted by:Fotografi training@adhadimohd.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 6-Jun-2008 02:06 Email | Share | | Bookmark
Ainul | Baling

Ya, saya sampai kat Baling pulak... Kali ini untuk perkahwinan Ainul dan suaminya... Majlis sungguh meriah... Dan saya pun letih...


Ainul begitu menyenangi sikap suaminya... Mereka berdua memang serasi sebagai suami isteri. Suaminya seorang pengajar di Kolej Komuniti di Kuala Kangsar, Perak. Manakala Ainul pula bekerja di Baling. Biarpun beribu batu, hati mereka telah mendekatkan mereka... Itu Kedah ngan Perak... Macamana pula Ipar saya ni... Cepat-cepatlah kawin... Penang nak bertemu Kelantan pulak ni...


Hidup kena bersabar, kalau tak sabar tak boleh la pose macam ni... betul tak?

Semoga kedua-dua mempelai (bukan mempelam tau... hehehe..) ni sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin...

Shah
founder & fotografer
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003 | 019-4633007
Parit Buntar, Penang dan Kulim

Bukan la saya rasa... Yang tu sebahagian dari veil pengantin pompuan... Terima kasih atas keprihatinan mr Jijan... Wed 11-Jun-2008 06:11
Posted by:Shah  - [Link]
ooo ya ka...mungkin jugak....maybe kalau tengok gambar ori dekat2 baru nampak veil tu..nway the picture still nice.. Wed 11-Jun-2008 06:39
Posted by:jijan  - [Link]
mata pegantin baik nya , semalam tak cukup tidok kut mengaji sampai subuh kuttt Mon 7-Jul-2008 09:56
Posted by:baik punya
View all 7 comments Add comment


Friday, 6-Jun-2008 01:50 Email | Share | | Bookmark
Afini & Alias | Kg. Keladi, Kulim

Satu pengalaman baru saya dapat dari sesi fotografi kat umah pengantin kali ini... Semasa sedang khusyuk snap gambar, tiba-tiba elektrik terputus. Habis seluruh umah gulap gulita... Nasib baik siling umah tu tak tinggi dan berwarna putih. Jadi, dengan cahaya yang samar-samar dari luar umah, saya teruskan juga sesi dengan menaikkan sikit kuasa 'flash' bagi mendapatkan cahaya yang secukupnya... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan memenuhi kehendak saya dan pengantin... Sesi selebihnya kami buat diluar umah... Kat luar umah pun tiba-tiba ujan... Apa boleh buat, ketentuan Ilahi...


Ni Alias tgh ngorat isteri sendiri kot... Tengok Afini senyum semacam jer... Agak-agak apa yang dikatakan Alias kat Afini... Kita fikir la sendiri... hehehe...


Lepas dah ngorat, bawa Afini pi bisik-bisik sebalik pokok pulak... Ha, ni mesti ada komplot nak buat sesuatu kat fotografer... Tak baik tau, kesian kat fotografer... Ada anak dan isteri menunggu kat umah... Mereka amat memerlukan fotografer tersebut...


Eh,eh! Sukanya mereka... Alias, macamana ngorat tadi? Dah berjaya la tu... sampai boleh main kat balik pokok... Hehehe...

Tahniah diucapkan kepada pengantin... Semoga berkekalan ke syurga... InsyaAllah...

Shah,
founder & Fotografer
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003 | 019-4633007
Parit Buntar, Penang dan Kulim

salam...leh tak saya nak dptkan pic perkahwinan ni lagi..maksudnyer nak tgok semua..coz mcm laindari lain jer...thanks Tue 17-Jun-2008 17:09
Posted by:iemannatrah iemannatrah@yahoo.com
hai...boleh sy dapatkan wedding quotation?
please email sy k...
Mon 4-Aug-2008 07:02
Posted by:dina diena_9@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
Lis Safina & Najib | Sg. Ara & Kg. Jawa, Pulau Pinang



Kali ini gambar dari pasangan Ustaz dan Ustazah...

Mereka berdua ni nikah pada bulan Mac tapi kenduri pada bulan Mei... saya telah ditugaskan untuk cover 2 majlis mereka. 3hb Mei di sebelah Lis Safina di Sg. Ara dan 10hb Mei pula sebelah Syed Mohd Najib di Kg Jawa, Bayan Baru...

Seronok buat kerja untuk mereka berdua ni...

Pada mulanya malu-malu tapi akhirnya mereka sendiri yang beri pose menarik untuk dirakamkan lensa kamera saya...

Selamat menjadi suami isteri yang bahagia Fotografi IndahPandang @ Moments Shooterz ucapkan kepada kedua-dua mempelai ini... Amin...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk sebarang tempahan fotografi perkahwinan, sila berhubung terus dengan saya melalui talian 012-5055003 & 019-4633007.

Pihak kami menerima tempahan fotografi serendah RM250*.
Fotigrafi IndahPandang juga menyediakan beberapa aksesori kepada 'Custom Album' seperti kotak dan beg yang direka khas.
~ Setiap sesi fotografi layak mendapat 1 jam sesi 'outdoor' melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

saya nak tahu harga....untuk pakej kahwin Tue 24-Jun-2008 14:58
Posted by:afifa farehan afifaqe@gmail.com
tumpang iklan... semoga maju jaya
singgah di http://adeenas.fotopages.com untuk koleksi Tudung Sulam Kerawang, blouse, kain ela dan Jus Diet Mate 5.
Akan datang...koleksi telekung yang terbaru
Wed 25-Jun-2008 12:30
Posted by:Deena adeenacollections@yahoo.com
Add comment


Friday, 23-May-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark
Akad Nikah | Nurul Hidayah & Mohd Faris


gmbar kte tak de ke?... hehehehehe.. 25 Mei 2008 Mon 9-Jun-2008 08:16
Posted by:lia sharie_lia@yahoo.com
Lia, dah amik album kat Kak Nina ka? Nanti Shah letak gambar Lia dan Wan dalam FP ni... Mungkin lambat sikit... Sabo... Tue 10-Jun-2008 02:03
Posted by:Shah  - [Link]
semalam dh dpt msg suh ambik gmbar tu.. lia kt shah alam.. may be parents lia yg ambikkan.. tak sabar nk tgk.. Tue 10-Jun-2008 03:31
Posted by:lia sharie_lia@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 19-May-2008 05:53 Email | Share | | Bookmark
Hazrina & Azmer | Taman Pauh Jaya


Aksi Rina dan suami tercinta


Dari kiri Prof. Madya Dr. Abdul Rashid, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob (Menteri Kewangan Ke-2), Azmer, Hazrina Puan Sri dan Puan Zaini

Alhamdulillah selesai sudah pernikahan dua sejoli yang dilangsungkan di Dewan Taman Pauh Jaya, Pulau Pinang.

Antara tetamu yang hadir pada hari tersebut adalah Prof. Dato' Muhammad Idiris, Prof Muhamad Bin Jantan beserta isteri masing-masing. VVIP dan YB yang tak sempat saya dapatkan nama mereka untuk dimasukkan ke senarai ini.

Terima kasih saya ucapkan atas layanan yang diberikan kepada saya dan pembantu. Moments Shooterz sekali lagi mengucapkan terima kasih dan ampun maaf atas beberapa perkara yang tidak diingini. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.

hi...

berminat utk membuat flyers?
kami menawarkan perkhidmatan printing flyers bewarna pada harga yg sangat RENDAH!!!
sila lawati fotopages kami :

http://flyersdesign.fotopages.com

UPDATE!!!
NEW DESIGN!!!

Tue 20-May-2008 12:56
Posted by:flyersdesign flyersd@gmail.com  - [Link]
ahahha creative si shah nie...celah tanjak pun jadi.... Fri 30-May-2008 12:37
Posted by:deeba  - [Link]
leh say atau harga pakej yg ada Wed 25-Jun-2008 04:33
Posted by:afifa farehan afifaqe@gmail.com
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.