|
|
| Monday, 19-May-2008 03:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Norhafizah & Khuzaiman | Pulau Pinang
|
|
Entry kali ni adalah perkahwinan seorang Pegawai dari USM dan pasangannya yang telah berlangsung pada 01 dan 04 Mei yang lalu. Majlis berlangsung dengan sungguh meriah dan terancang. Pihak Moments Shooterz telah turun seramai 2 orang penembak pada hari persandingan mereka.
Terima kasih kami ucapkan kepada keluarga pengantin perempuan kerana telah melayani kami seperti sebahagian dari keluarga mereka.
Norhafizah telah memilih pakej Custom album 12" x 15" sebagai medium simpanan memori berharga beliau dan suami.
Semoga bahagia dan berkekalan sepanjang hayat pihak kami ucapkan.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-May-2008 08:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
|
|
-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?
Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.
Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.
Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penting yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?
Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan dapat dirakam dengan sempurna.
Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis perkahwinan anda, iaitu – bergembira!
Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula. Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, “tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita bergambar”. Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan menjelaskan, “harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang seri.” Sayang sekali jika saat penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.
Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum. Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk ‘posing’. Rujuk majalah untuk mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.
Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 01:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shoot untuk Denafira Beauty | 27 April 2008
|
|
Kali ni saya ambil tugas buat model shoot untuk Denafira Beauty (betulkan kalau salah eja). Link diorang ada kat sebelah kiri FP saya ni. Sebanyak 5 orang model telah menyumbangkan khidmat mereka. 2 orang dibawakan khas oleh Fotografi IndahPandang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 00:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pernikahan Yanie dan Mazy | 20 April 2008
|
|
Yanie, sepupu kepada pelanggan saya yang terdahulu telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk buat coverage hari pernikahan yang penuh bermakna buat dirinya.
Untuk majlis Yanie, saya tidak pergi seorang. Senaliknya saya bawa lagi dua orang untuk sama-sama membuat penggambaran hari bahagia beliau.
Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, tunggu selepas 31 Mei 2008. Ada dua lagi hari yang saya perlu cover untuk mereka suami-isteri.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Apr-2008 04:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Forum Untuk Pengantin
|
|
Akhirnya hajat saya tercapai untuk mewujudkan satu forum khas untuk para pengantin berbincang sesama sendiri. Forum ini terbuka kepada semua yang akan menjadi pengantin dan yang telah melangsungkan perkahwinan. Sila klik disini http://sembangpengantin.forumakers.com
Anda juga boleh klik pada favourites link disebelah kiri FP ini.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 04:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perhatian! Perhatian! Mari! Mari!
|
|
Assalamualaikum...
Sebenarnya saya rasa segan sikit nak taip entry kali nih. Tapi untuk bacaan semua, saya taipkan juga...
Tempahan fotografi untuk Mei 2008 dah penuh... Sesiapa yang masih mencari 'low-cost' fotografer tapi hasil lumayan, cepat-cepat contact saya...
May :PENUH
Jun : 7, 8, 14 dan 15
Untuk Julai ada diskaun jika anda buat tempahan pada bulan ini dan Mei. Istimewa juga untuk yang nak bertunang pada Julai ini... SMS nama, lokasi dan tarikh untuk sesi perbincangan.
Kepada mereka yang membuat custom storybook album (E-photo), anda akan dapat album hanya dalam tempoh 14 hari.
Cepat, cepat sebelum terlambat...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 03:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Untuk apa membayar jurugambar?
|
|
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lensa Utara | Sahabat Jurufoto Utara Malaysia
|
|
Lensa Utara, merupakan satu lagi blog untuk para jurufoto utara Malaysia berkumpul dan bertukar-tukar idea.
Untuk melawat ke laman Lensa Utara, sila klik disini www.lensautara.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 02:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti Umairah | USM, Pulau Pinang
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 02:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Suhaimi dan Norazlin | Kelantan
|
|
|
|
|
|